Don't Leave Me Behind
Posted on Friday, 24 January 2014
@ 20:06


Kicauan burung bersahutan dengan irama lagu sang serangga di sekitar kawasan perumahan pinggir bandar ini mengejutkan sesiapa sahaja yang sedang enak dibuai mimpi.

Kau merenung jam di dinding... 6:30 pagi! Bermakna masih ada lima jam sahaja lagi untuk menyiapkan artwork presentation majlis pelancaran cenderahati baru seorang artis popular Korea, Chanyeol. Mengenangkan Chanyeol, kau tersenyum simpul.

"Myra dah bangun ke?" suara omma, mencelah kenangan lamanya.

"Sudah!" pantas Kau menyahut. Jika tidak, sudah tentu ommanya akan terus masuk ke dalam bilik dan mula bersoal jawab sekiranya dia tahu Kau masih belum tidur dari semalam.

Selesai mandi Kau terus terbaring di atas katil yang empuk milik kau. Tanpa disedari matanya mula terpejam dan masa terus berjalan dengan pantas.

Bergema bunyi nada dering lagu Let Out The Beast oleh artis kegemaran kau dari Korea, kumpulan EXO. Kau terpinga2 seketika. iPhone dicapai dan dikerling kau sepintas masa yang tertera.

"Hello..."

"Hello! Wei Myra! Kau tengah tidur lagi ke?"

"Hmm..." Kau tidak dapat menahan mata.

"Siotla kau! Sempat lagi bersenang-lenang! Kau nak datang ke tak ni? Aku telefon sepuluh kali pun kau tak angkat!" 
Bertubi2 soalan mengenai Kau. Kau masih di alam mimpi. Siapa pulak yang kacau pagi2 ni... Kau terus menekan butang merah dan pejam mata.

Ringggg!!!

Argh! Kau membiarkan telefon kau berbunyi, akhirnya ia senyap, tak lama kemudian ia berbunyi lagi.

Argh! Kacau aku nak tido lah akhirnya kau angkat.

"Hello..."

"Hello, puteri intan payungku...dah bangun?" Kau tersentak mendengar suara tersebut. Kau melihat screen, nama yang tertera disitu adalah Chanyeol! Matilah akuuuu

"Aaa...hmm...Sorry Chan, aku tertidur." Kau mengetap bibir menahan rasa segan yang tidak terperi.

Chanyeol diam di hujung sana. Seketika kau melepaskan keluhan berat.

"Okay, I'm on my way sekarang."

"Its okay, take your time. Aku saja gerak awal, dah confirm punya mesti kau akam lambat." Chanyeol ketawa halus.

Ciss... Baru pukul 9:00? Kau tersenyum mengenangkan kau yang selalu buat hal di hari majlis yang akan melibatkan Chanyeol.

"Jumpa kau nanti. Aku nak bersiap dah ni." Selesai menekan button off, Kau mula menyimpan kesemua keperluan kau untuk majlis tersebut.

_________________________________________________________________________________

Selesai mengunci stereng kereta, kau terus berlalu ke dalam dewan yang boleh memuatkan 300 orang itu.

"Hah Myra! Apa lagi kau tercegat? Pergi katabang teknikal tu, mintak dia check presentation kau tu, okey ke tak? Nanti dah nak pasang, tak boleh pula!" Yuri bercekak pinggang.

Kau jalan menghala ke meja abang teknikal. Tiba-tiba kau terlanggar seseorang berpakaian kemeja dan kot, rambutnya dipacakkan ke atas.
Lama kau memandang wajah tersebut.

"Ehem, kau ok tak?" Suara itu memberhentikan lamunan kau.

"Aaa? Haha aku ok lah"

"Ye ke? Ke kau terpaku ngan aku? Maklum lah aku tersangatlah handsome harini, semua perempuan pandang aku harini. KAHKAHKAH!!"

"Eii, dah kah kau, aku nak hantar bende ni, nanti kau bolehlah tengok presentation akukhas untuk kau! Kbye" Kau terus beredar.

"Haih minah comel ni, sweet pulak, aihh" Chanyeol berkata sendirian namun tidak kau dengar.


Dia asyik memerhatikan kau, dari kau membentangkan presentation sampailah kau duduk makan bersamanya.

Haih, cantiknya dia... dia memuji kau senyap2 didalam hati.

Kau terasa ada sesorang memandang kau tika kau menyuap nasi dalam mulut kau.
Aaaaap ?

Kau mencubit peha Chanyeol yang duduk disebelah kau.

"Apa pandang2! Nak aku suap nasi ni?!"

"Aaaaa... mane ade aku pandang kau. Aku pandang perempuan comel belakang kau tu. Perasan lah kau."

"Haaaa? Belakang aku? Tu lelaki ah bro." Kau menoleh kebelakang, ternyata lelaki.

"Ishh, dah lah, kau makan je lah"

"Aaaa... nak makan ah ni, woi jangan pandang aku" kau menolak pipi Chanyeol

"Sakitlah!!" Chanyeol memarahi kau.

"Haaa, padan muka" Kau mengejek Chanyeol.

Dari jauh seorang lelaki memerhatikan kau dengan perasaan dengki, menyampah, cemburu. "You will died..."

_________________________________________________________________________________

"Okay tq for presentation okay." Chanyeol berterima kasih keatas kau sebab menjayakan majlisnya dengan jayanya.

"Eh, sokay lah. Aku as AJK kelab ni en... alah memang keje aku lah. Hahah. Okaylah aku nak balik, dah lewat ni. Good night, sweet dream." Kau meminta diri untuk pulang ke rumah kau.

"Ok bye, see you tomorrow, sweet dream too, save journey, take care" Katanya panjang lebar...

"Hahaha macam mak aku lah kau ni, okay I will."

_________________________________________________________________________________

Dalam perjalanan kau ke kereta.

Kau terasa di tarik dan dimasukkan dalamvan. Selepas itu, pemandangan kau kabur, dan akhirnya, gelap.

_________________________________________________________________________________

Kau perlahan2 membuka mata.

"Aku dekat mane ni..." apabila kau membuka mata, terdapat 3 orang lelaki di keliling kau sambil tersenyum ke arah kau.

"Kau nak ape hah?!"

"Aku nak kau..." kata salah seorang daripada penculik itu. Kau seakan2 mengenali setiap penculik tersebut.

"D.O? Kris? Sehun?"

Ketiga2 mereka gelak dengan kuat.

"Ape kau nak buat dengan aku hah?!"

"Tunggu jelah" kata Sehun sambil ketawa.

Sedang kau bertengkar dengan Sehun kau melihat Kris dan D.O seperti merancang sesuatu dan menelefon seseorang.
Dari jauh, kau mendengar mereka menyebut nama Chanyeol!

Kau mula panik. 'Apa dia nak buat?'

"Lepaskan dia!!" Tiba2 suara muncul dari pintu utama.
"Chanyeol!!"


Chanyeol terus lari berluru ke arah D.O dan terus menumbuk D.O

Mereka saling bertumbuk2. Akhirnya Chanyeol dibelasah dengan ketiga2 peculik tersebut.

"Apa aku nak buat nii?"
Kau mula panic...

Tiba2, Kris meluru kearah kau dan membawa kau ke sebuah bilik.

Tetapi, perbuatan itu diperhatikan oleh Chanyeol. Dia mengejar kau dan Kris. Dia menolak dan menumbuk Kris. Tetapi dibalas tumbukan. Tiba2 Sehun datang dan tros memegang kau dan mengugut Chanyeol. Dia mengacukan pistol ke kepala kau, bila2 masa sahaja kau akan ditembak.

"Serah diri, sebelum perempuan ni aku tembak"

"Jangan buat kerja gila!! Jangan apa2 kan dia!!" Chanyeol lari menuju ke arah kau.

"Kau jangan dekat!!" Sehun menjerit.

Tiba2 kau berjaya melarikan diri dari Sehun. Tetapi Sehun terus menembak ke arah kau. Kau menjerit sekuat hati.

Tetapi peluru tidak mengena kau. Peluru dihalang oleh Chanyeol!

"Oppa!!"

Dalam masa yang sama anggota polis menyerbu tempat kejadian. Mereka bertiga ditangkap.

"Chanyeol! Jangan tinggalkan aku! aku sayang kau dari dulu lagi!"

"Ye, aku tahu, kau panggil aku oppa... aku memang nak dengar dari dulu, tapi aku rasa ni kali pertama dan terakhir aku dengar perkataan tu dari mulut kau... nah" kata Chanyeol sambil tersenyum, lalu dia menghulurkan kad kecil berwarna biru cair.

"Apa ni?" Kau bertanya dalam nangis.

"Kau baca bila aku dah takde nanti. Aku tak boleh tahan, sakit sangat."

"Tak, kau kuat."

Chanyeol diangkat dan dimasukkan di dalam ambulance.

_________________________________________________________________________________

Di hospital, sementara menunggu keputusan doktor, kau membaca surat tersebut.

"Apahal kau lawa sangat tadi? Haih, cair aku. Nak tahu tak... Sebenarnyakan, aku dah lame pendam rasa ni, aku tak nak bagitau kau, aku tak sedia lagi sebelum ni, mallu, sebab malu lah aku tulis dalam surat. Hehehe. Aku suka kau... aku suka kau time 1st time kita jumpa. Aku nak kahwin ngan kau ar. Boleh tak? Hahaha. Nanti kau bagitau aku ek. Ok bye. Sweet dream, ily... 

sincerely -Park Chanyeol-"

Kau mula menangis sekuat hati. Ya, kau memang sayang dia sangat2 sebelum ni, kau pun suka dia, tetapi kau taknak dia tahu, kau hanya berlakon di hadapan dia dan kau menyembunyikan perasaan kau.

"Aku sayang kau jugak Chan..."

Tiba2 kau terasa bahu kau dipegang, rupanya2 doktor. Doktor menunjukkan muka yang amat kecewa. Kau harap tiada perkara buruk berlaku.

"Maaf puan, Chanyeol tidak dapat diselamatkan. Kami sudah mencuba sedaya upaya. Maaf sekali lagi."

Kau terduduk mendengar berita buruk itu. "Chanyeol... jangan tinggalkan aku..."



-The End-
                                                                                                                                               




FUTURE ► ◄ PAST
+follow